OKTOBER 2022

GPS Tanding Semua 31 Kerusi PRU15


KUCHING, 18 Okt. - Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abg Johari bin Tun Abg Openg merangkap Yang di-pertua Parti PBB dan Pengerusi GPS telah mempengerusi Mesyuarat  Majlis Kerja Tertinggi PBB dan Mesyuarat Pemimpin Tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS) bertempat di Ibu Pejabat PBB di Jalan Bako petang tadi.

Pada sidang media selepas Mesyuarat GPS tersebut, beliau mengatakan bahawa Parti GPS sudah bersedia untuk menghadapi PRU15 dan akan meletak 31 orang calon di semua kerusi PRU15 kelak.

GPS julungkali bertanding atas nama Parti GPS di peringkat national dan akan mengumumkan calon menjelang hari penamaan calon yang akan ditetapkan oleh pihak SPR dan juga Manifesto GPS nanti.

Turut hadir dalam Sidang Media, Presiden Parti SUPP YB Dato Sri Prof Dr Sim Hui Hian, Presiden Parti PRS, YBhg Datuk Joseph Salang Gandun dan Presiden Parti PDP, YB Dato Sri Tiong King Sing dan ahli-ahli Mesyuarat Tertinggi GPS.

Sumber dari : Sarawakku